Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,053 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan kes di negara ini bertambah kepada 4,415,821 setakat lewat malam tadi.

Menurut data laman sesawang COVIDNOW, jumlah kematian yang direkodkan semalam sebanyak tiga kes menjadikan angka kumulatif sebantak 35,567.

Kes aktif pula sebanyak 28,777 berikutan pertambahan 3,056 kes pada tempoh yang sama.

Daripada jumlah itu, 1,328 kes dirawat di hospital termasuk 74 di unit rawatan rapi dengan 41 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan semalam sebanyak 4,107. – MalaysiaGazette