KUANTAN – Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bera mengajak rakyat beraya sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera pada hari Sabtu bersamaan 7 Mei ini.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera diadakan di di Laman Kerayong, Bera Pahang.
Bertemakan, ‘Syawal dirai, nikmat disyukuri’, rumah terbuka itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.
“Sabtu ini, 7 Mei 2022 jom hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera.
“Bawa sekali anak-anak, keluarga dan rakan taulan.Kita beraya bersama-sama sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya dan memuatnaik poster jemputan rumah terbuka semalam. – MalaysiaGazette