Gambar hiasan

LUMUT – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi dalam satu kenyataan berkata lelaki yang dikenali sebagai Al-Amin dan berusia 26 tahun itu dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat berkenaan dengan orang yang dikehendaki ini boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat, ASP Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5077026.

“Orang ramai juga boleh menghubungi  Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan sekiranya mempunyai maklumat,” katanya. – Bernama