MGNews: Masalah Teknikal Punca LRT Kelana Jaya Tergendala

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya menghala Putra Height yang terjejas pada jam 8.16 pagi tadi disebabkan oleh tren 39 terkandas di Stesen LRT Taman Jaya.

Ketua Bahagian Kejuruteraan Kelana Jaya Line, Leman Zakaria berkata, Pusat Kawalan Operasi yang membuat penilaian awal pada sistem brek tren tersebut mendapati terdapat beberapa bahagian brek mengalami kebocoran cecair hidraulik ketika tren tersebut dalam perkhidmatan.