Foto Facebook PJ City.

KUALA LUMPUR – Penyerang PJ City FC , Khyril Muhymeen Zambri menyifatkan gol pada minit-minit akhir yang berjaya menafikan kemenangan Kedah Darul Aman FC adalah hasil semangat juang pasukan yang enggan tewas buat kali ketiga.

Dalam aksi Liga Super yang terikat 3-3 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam, Kedah terpaksa berpuas hati dengan satu mata meskipun telah mendahului tiga gol sebelum Khyril akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-83.

Pemain berusia 35 tahun itu menganggap PJ City berjaya membuktikan jentera serangan mereka masih berbisa untuk menjaringkan gol meskipun hanya menggunakan kudrat pemain tempatan.

Dan selepas dua kekalahan lalu, anak buah P. Maniam ini berusaha keras untuk memastikan mereka tidak lagi tewas dan nyata usaha setiap pemain sehingga ke wisel penamat wajar dipuji.

Khyril Muhymeen Zambri.

“Kita sebenarnya agak bergelut apabila terkena dengan gol-gol mudah tetapi saya tetap percaya dengan rakan sepasukan dan saya tidak risau dengan keupayaan pemain.

“Sebab kami di landasan yang betul, cuma kena kurangkan kesilapan individu dan dalam setiap perlawanan di bahagian serangan, kami dapat menjaringkan gol walaupun dibarisi pemain tempatan.

“Semuanya dari semangat pasukan dengan sumbangan mereka daripada separuh masa pertama, sebab saya cuma masuk dalam separuh masa kedua untuk bantu apa yang patut,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast