KUALA LUMPUR – Warga Kementerian Kesihatan Malaysia dilarang untuk membuat sebarang penyataan awam sama ada dalam bentuk lisan, bertulis atau apa-apa cara lain.

Peringatan itu terkandung dalam Polis Larangan KKM yang dipaparkan menerusi laman sesawang kementerian itu.

Polisi itu tidak boleh membuat apa-apa penyataan yang boleh memudaratkan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan tentang apa-apa isu.

Selain itu mereka juga dilarang membuat apa-apa penyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan, mengulas tentang kelemahan apa-apa dasar atau keputusan kerajaan atau mengedarkan apa-apa penyataan atau ulasan sama ada dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

Larangan itu berkandung dalam Peraturan 19 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Artikel berkaitan: 88.5% doktor pelatih di P.Pinang tertekan – CAP

Kematian doktor pelatih HPP: Polis rakam keterangan ahli keluarga petang ini

Budaya buli doktor pelatih perlu ditangani secara total – MSOSH

KKM tubuh ‘task force’ siasat kematian doktor pelatih HPP

Menurutnya, di bawah Peraturan 19 (2), warga KKM juga tidak boleh membuat apa-apa ulasan kelebihan apa-apa dasar, rancangan atau keputusan kerajaan, memberikan apa-apa maklumat berdasarkan fakta berhubung perjalanan fungsi kerajaan, memberikan apa-apa penjelasan berkenaan peristiwa atau laporan melibatkan kerajaan.

Kakitangan KKM juga tidak boleh memyebabkan apa-apa ulasan, maklumat atau penjelasan sedemikian sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain.

Arahan itu dipercayai dikeluarkan selepas isu kematian doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang menjadi isu awam di media sosial.

Kematian doktor pelatih itu dikaitkan dengan budaya buli dalam perkhidmatan kesihatan negara ini turut didedahkan oleh ‘warga KKM’ tanpa memetik nama mereka. – MalaysiaGazette