Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar bercakap kepada media selepas pada Program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 MEI 2022.

KUALA LUMPUR – Tiada gunanya audit forensik dilakukan terhadap Sapura Energy Berhad bagi mengenal pasti punca kerugian tanpa bertindak untuk menyelamatkan syarikat itu daripada muflis.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan, gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat hanya penyelesaian satu hala berbanding Datuk Seri Najib Razak yang lebih terangkum.

“Hujah Datuk Najib itu nampak ikhlas bahawa ini dua isu berbeza, selamatkan syarikat ini, dalam masa sama ambil tindakan kepada siapa yang salah.

“Tapi kalau Anwar tadi, mesti ambil tindakan mereka yang salah, nak selamatkan syarikat dan ambil tindakan mesti seiring.

“Jangan sampai syarikat runtuh kerana nak ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab,” katanya kepada pemberi di bangunan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC)  malam tadi.

Sapura Energy yang ketika ini menanggung hutang lebih RM10 bilion amat komited untuk melaksanakan penyelesaian secara menyeluruh melalui Pelan Reset yang dirangka untuk memulihkan syarikat itu meskipun ia dijangka amat mencabar.

Dalam pada itu, Noh membidas hujah Presiden PKR itu yang mempersoalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang masih gagal mengheret individu tertentu yang terkait dengan salah laku rasuah dalam Sapura Energy.

“Dari segi jenayah, tindakan terhadap yang salah tiada had masa, lima tahun akan datang kalau kita boleh dakwa lagi, dapatkan bukti-bukti orang itu bersalah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Anwar cadang kerajaan laksana audit forensik isu Sapura

1 Komen

  1. Kahkahkah . Memang orang UMNO sejalan seiring semuanya . Buat audit forensik kena tangkap lah nanti macam Najib . Felasafah UMNO mencuri tak salah kalau tak kena tangkap . Oleh itu orang UMNO boleh lah mencuri dengan berhati2 dan bijaksana jangan sampai kena tangkap . Satu faktor utama ialah jadi kerajaan ada kuasa semua kes hilang

Comments are closed.