Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan merangkap Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menyampaikan replika sumbangan dana kepada wakil-wakil Ysukuriders pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Ysukuriders di Bukit Rahmah Putra, Sungai Buloh, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2022.

SUNGAI BULOH – Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak kemungkinan memberi imbuhan atau ganjaran istimewa kepada atletnya yang berjaya membawa pingat emas di Sukan Sea di Hanoi.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari bentuk ganjaran kali sebagai penghargaan atlet negeri itu yang beraksi cemerlang dalam kejohanan sukan itu.

“Kita ada cadangan untuk itu (beri ganjaran) kita tengok selepas mereka pulang nanti kita akan bincang (wang tunai atau tanah).

“Itu sebab Selangor juga menghargai sebagaimana trend kita dulu, Insya-Allah Sukan Sea pun kita bagi.

“Saya akan cadangkan kepada Datuk Menteri Besar,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri bersama Belia Ysuku Riders di sini, hari ini.

Terdahulu Khairuddin menyerahkan sumbangan dana sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Ysuku Riders Malaysia atas sumbangan dan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan motosikal.

Sumbangan itu sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh kumpulan penunggang motosikal Y15ZR yang sebahagian besarnya terlibat dalam industri penghantaran makanan (p-hailing).

“Peranan kumpulan ini sangat penting dalam menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir yang lalu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here