MGNews: Pinda Perlembagaan Nak Selamatkan Presiden? No Way! – Ahmad Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya Persidangan Khas UMNO hari ini mahu menyelamatkannya dan ia satu tuduhan tidak benar.

Beliau berkata, ia merupakan satu perkara yang dangkal sekiranya ada dalam kalangan ahli UMNO termasuk saf kepimpinan tertinggi parti berpandangan atau berfikiran sempit sedemikian.