Para penumpang melintasi bahagian pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo. Foto Reuters

 

TOKYO – Jepun akan menggandakan had ketibaan warga asing kepada 20,000 sehari mulai bulan depan.

Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno pada sidang akhbar berkata, pelancong dari kebanyakan negara juga tidak perlu lagi memberikan bukti keputusan negatif bagi ujian saringan Covid-19.

Malah, mereka juga tidak perlu kuarantin semasa ketibaan.

Peraturan itu termasuk bagi semua anggota Kumpulan G7, yang menyumbang 80 peratus kemasukan warga asing di Jepun.

Jepun kini menerima pengembara perniagaan, pelajar asing dan ahli akademik tetapi bukan pelancong, kecuali bilangan terhad dalam percubaan pakej pelancongan.

Matsuno berkata, pengalaman dengan percubaan ini akan digunakan dalam pembukaan semula nanti.- Reuters