CHICAGO, – Agensi pengawasan awam polis Chicago sedang menyiasat kes tembak seorang budak lelaki yang tidak bersenjata oleh anggota polis selepas disyaki terlibat dalam curi kereta.
Remaja lelaki berusia 13 tahun itu parah tetapi stabil di sebuah hospital tempatan.
Superintendan Jabatan Polis Chicago, David Brown berkata, semua anggota pegawai yang terlibat dalam kejadian tembakan malam Rabu itu diarah bercuti.
Brown berkata, dalam kejadian itu anggota polis telah mengejar sebuah kenderaan yang dicuri pada hari Selasa.
Dalam kejadian itu, polis berkata, empat suspek mencuri sebuah kereta dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun di dalamnya.
Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu diseret sambil berpaut pada kenderaan dan patah tulang selangka akibat terjatuh.
Kereta itu ditinggalkan beberapa minit kemudian dan gadis itu ditemui tidak cedera.
Polis cuba menahan sebuah kenderaan tersebut.
“Ketika itu budak lelaki berusia 13 tahun itu bersama seorang penumpang bertindak melarikan diri dari kenderaan terbabit.
“Anggota polis terpaksa mengejarnya. Seorang anggota polis menembak budak lelaki itu apabila dia menoleh ke arahnya,” kata Brown.
Budak itu terkena satu tembakan.
Namun tidak memaklumkan sama ada dia menembak dari belakang, seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan.
Penyiasat Agensi Pengawasan Awam Polis Chicago (COPA) dalam satu kenyataan berkata, mereka mempunyai rakaman kamera badan anggota polis terbabit, bersama dengan rakaman kamera keselamatan bandar dan video yang disediakan oleh pihak ketiga.
Namun COPA berkata mereka tidak boleh mengeluarkan rakaman itu kerana ia melibatkan orang bawah umur. – Reuters