Potensi kawasan Felda bukan sahaja terhad kepada penanaman sawit tetapi potensinya

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata,  beliau menjangkakan harga minggu depan diniagakan antara RM5,900 satu tan metrik dan RM6,600 satu tan metrik kerana eksport yang kukuh terus menyokong harga pada masa hadapan.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Sathia Varqa berkata perdagangan akan tertumpu pada butiran dasar eksport dan domestik Indonesia serta kesannya terhadap niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia.

Pada Jumaat, Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar di dunia itu berkata ia akan melaksanakan semula keperluan jualan domestik bagi minyak sawit sehari selepas negara itu membatalkan larangan eksportnya, ia untuk memastikan 10 juta tan metrik minyak masak kekal di negara itu.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak niaga hadapan MSM bagi Jun 2022 jatuh RM35 kepada RM6,647 satu tan metrik, Julai 2022 berkurangan RM73 kepada RM6,296 satu tan metrik, Ogos 2022 merosot RM67 kepada RM6,072 satu tan metrik, September 2022 turun RM47 kepada RM5,973 satu tan metrik dan Oktober 2022 jatuh kepada RM5,917 setan metrik.

Kontrak bulan November 2022 berada pada RM5,894 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan menokok kepada 269,576 lot daripada 263,529 lot pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 315,480 kontrak daripada 203,624 kontrak sebelum ini.

Di pasaran fizikal, Mei Selatan merosot RM150 kepada RM6,750 satu tan metrik. – MalaysiaGazette