Annuar Musa digugurkan sebagai calon penyandang kerusi Parlimen Ketereh.

PUTRAJAYA – Peletakan jawatan yang diumumumkan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta pengunduran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).perlu dihormati.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia adalah perkara biasa dalam politik dan setiap individu berhak membina jajaran politik tersendiri.

“Soal peletakan jawatan dalam parti beliau (Zuraida), itu adalah hak individu yang harus dihormati. Semua orang berhak buat jajaran politik masing-masing sama ada berkumpulan iaitu sebuah parti dengan parti yang lain atau individu dengan parti mereka masing-masing.

“Saya anggap itu satu perkara yang biasa dan setiap orang mesti ada sebab yang tersendiri apabila mereka membuat sesuatu keputusan atau haluan.

“Saya fikir tiada kena mengena dengan lompat parti. Ini adalah keputusan penting dalam perjalanan politik seseorang.

Kalau seseorang perlu mengubah haluan politik, mereka tetap juga mengubah. Saya baca dalam satu kenyataan ianya cuma berkaitan dengan penubuhan sebuah parti politik yang lain,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka K-KOMM di Dewan Gemilang, di sini, hari ini.

Hari ini, Zuraida dalam satu kenyataan memutuskan untuk menyertai PBM selepas tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, beliau juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia.

Tambah Annuar, beliau percaya kemampuan Zuraida dalam mengatur karier politiknya setelah melihat prestasi cemerlang yang ditunjukkan ketika berkhidmat sebagai menteri.

“Datuk Zuraida adalah anggota Kabinet yang cukup aktif dan beliau sangat berjaya dalam menguruskan kementeriannya. Kami sama-sama berada dalam Jemaah Menteri, Zuraida telah menunjukkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan beliau, saya hormati keputusannya dan yakin pasti ada sebab tersendiri” katanya. – MalaysiaGazette