Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,877 kes positif Covid-19 baharu dilaporkan semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus berkenaan dalam negara adalah 4,500,934.

Sehingga kini, Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan bilangan jangkitan harian tertinggi iaitu 909, diikuti dengan Kuala Lumpur (221), Negeri Sembilan (125), Perak (121) dan Pulau Pinang (106).

“Sabah (76); Melaka (62); Kedah (58); Putrajaya (58); Sarawak (46); Johor (44); Pahang (23); Kelantan (11); Terengganu (10); Labuan (4) dan Perlis (3),” demikian berdasarkan COVIDNOW.

Sementara itu, kes aktif dilaporkan meningkat sebanyak 197 kepada 25,384 berbanding hari sebelumnya tetapi masih turun sebanyak 14.7 peratus dalam tempoh 14 hari lepas.

Dalam pada itu, sebanyak dua kematian di hospital dilaporkan semalam, manakala satu lagi di luar fasiliti kesihatan,

Bilangan terkini ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,658 orang. – MalaysiaGazette