Orang Ramai Kalumpang mula hadir pada mengundi secara fizikal dan menjalankan tanggunjawab masing-masing mengundi pemimpin mereka pada pemilihan Cabang Hulu Selangor di Dewan Orang Ramai Kalumpang, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 28 MEI 2022.

HULU SELANGOR – Pemilihan PKR bagi cabang Hulu Selangor yang ditangguhkan pada minggu lepas berlangsung dengan ‘meriah’ apabila lebih 1,500 ahli hadir untuk mengundi setakat jam 1 tengahari.

Seramai 20,000 ahli PKR berdaftar bagi cabang ini dan dijangka sekurang-kurangnya 3,000 ahli akan keluar mengundi sehingga 5 petang ini.

Tinjauan MalaysiaGazette di Dewan Orang Ramai Kalumpang mendapati khemah-khemah calon yang bertanding telah didirikan.

Suasananya tidak ubah seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan jumlah pengundi yang ramai dan mereka mula beratur untuk mengundi seawal jam 8 pagi.

Selain itu cabang Hulu Selangor juga menjadi antara lokasi tumpuan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin parti.

Di Selangor, daripada 22 cabang hanya Hulu Selangor sahaja yang belum lagi selesai pemilihan pemimpin yang sepatutnya di laksanakan Sabtu lepas.

Suasana Orang Ramai Kalumpang mula hadir pada mengundi secara fizikal dan menjalankan tanggunjawab masing-masing mengundi pemimpin mereka pada pemilihan Cabang Hulu Selangor di Dewan Orang Ramai Kalumpang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 28 MEI 2022.

MalaysiaGazette difahamkan beberapa pemimpin seperti Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninjau suasana pemilihan cabang Hulu Selangor pada sebelah petang.

Pemilihan cabang Hulu Selangor terpaksa ditangguhkan pada minggu lalu berikutan penyediaan peralatan seperti kerusi dan meja tidak diuruskan dengan baik sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan penyokong.

Bagaimanapun pemilihan hari ini berjalan lancar, menurut pasukan Penyelaras Tempat Undi (PTU) yang memberi keutamaan kepada golongan oramng kurang upaya (OKU) dan warga emas.

Menerusi sesi taklimat oleh PTU untuk calon yang bertanding pada pagi ini, calon diingatkan supaya berhati-hati dan tidak melakukan sebarang provokasi atau perkara-perkara melanggar peraturan parti.

Orang Ramai Kalumpang mula hadir pada mengundi secara fizikal dan menjalankan tanggunjawab masing-masing mengundi pemimpin mereka pada pemilihan Cabang Hulu Selangor di Dewan Orang Ramai Kalumpang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 28 MEI 2022.

“Ingat, kita bukannya bertanding melawan calon UMNO BN tetapi dalam kalangan kita juga. Parti PKR ini umpama keluarga kita sendiri, adik beradik jadi tolong jaga adab dan peraturan,” kata  PTU.

Cabang Hulu Selangor menyaksikan Ahli Parlimen Hulu Selangor June Leow mempertahankan kerusi ketua bahagian dalam pertarungan tiga penjuru yang membabitkan muka baharu, Dr Sathia Prakash Nadarajan dan Datuk Azizan Zakaria.

Seramai 93,085 ahli PKR daripada hampir sejuta ahli parti telah mengundi dalam pemilihan parti setakat ini, termasuk 76,932 yang mengundi secara dalam talian sejak 18 Mei.

Pengundi, Chinnaka A/P Kapruppiah bersama Chinn Ahh Fa selesai pada mengundi secara fizikal dan menjalankan tanggunjawab masing-masing mengundi pemimpin mereka pada pemilihan Cabang Hulu Selangor di Dewan Orang Ramai Kalumpang, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 28 MEI 2022.

Seramai 11,282 calon merebut pelbagai jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap pada pemilihan kali ini dengan pemilihan secara secara hibrid bermula 13 Mei. – MalaysiaGazette

Undian Cabang PKR Hulu Selangor disabotaj terpaksa ditangguhkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast