KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berjaya memperoleh jumlah undi tertinggi di Negeri Sembilan untuk jawatan timbalan presiden yang diadakan pada pemilihan PKR 2022 seluruh negara kali ini.

Pemerhatian di dalam laman web rasmi keputusan pemilihan PKR 2022 iaitu www.pemilihankeadilan2022.com mendapati bekas Ahli Parlimen Pandan itu berjaya menang di kesemua lapan cabang yang ada di Negeri Sembilan.

Rafizi memperoleh sebanyak 33,453 undi terkumpul sekaligus mengatasi pencabarnya Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu pula menerima 23, 876 undi.

Rafizi juga menang selesa di Cabang Jempol selepas berjaya mendapat sebanyak 505 undi manakala Saifuddin hanya menerima 28 undi sahaja untuk jawatan nombor dua tertinggi parti yang begitu hangat ketika ini. – Malaysiagazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemilihan PKR: Rafizi atasi Saifuddin di Melaka