Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr Yatela Zainal (tengah) dalam sidang media di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Yayasan Sime Darby (YSD) memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta kepada Komuniti Intervesi Dadah (Komited Malaysia) bagi menampung kos gaji 40 kakitangan dan sewaan tujuh lokasi premis bawah kelolaan pertubuhan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr. Yatela Zainal Abidin berkata, tajaan itu dilakukan dalam tempoh tiga tahun sejak 2021 lagi.

Usaha tersebut dilakukan bagi membantu golongon tersebut untuk kembali kepada masyarakat melalui proses pemulihan yang konsisten.

“Kini genap setahun penajaan diberikan kepada Komited Malaysia dalam pembayaran gaji pekerjap dan sewaan tujuh premis  melibatkan lima rumah perlindungan serta pusat persinggahan harian yang dikendalikan oleh Komited Malaysia di Kuantan.

“Komited Malaysia memelukan kos perbelanjaan sekurang-kurangnya RM3 juta setahun, jadi dengan kehadiran YSD tepat pada waktunya dengan membantu membantu kos operasi.

Difahamkan Komited Malaysia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM853,000 sahaja bagi kos makanan kepada 240 mereka yang terkesan dan terbabit dengan gejala narkotik itu.

Justeru beliau berharap ramai lagi badan korprat dan agensi berkaitan hadir membantu pertubuhan itu sebagai tanda sokongan bagi membanteras gejala musuh nombor satu negara itu.

Pihaknya  juga sangat memandang tinggi usaha Komited Malaysia untuk mengubah kehidupan pengguna dadah suntikan (PWID).

Jelasnya, pendekatan diambil Komited bagi menekankan kepada aspek pembangunan komuniti, pembinaan kemahiran kendiri dan sokongan sara hidup yang lebih lestari adalah selari dengan aspirasi YSD untuk meningkatkan akses kepada rawatan untuk anggota komuniti terpinggir.

“Selain daripada penajaan ini, kami juga membantu Komited Malaysia untuk meningkatkan standard operasi dan urus tadbir satu langkah kritikal yang akan meletakkan mereka di landasan pembangunan masa depan yang lebih mampan,” ,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Pihaknya juga mahu menjadi sebahagian daripada usaha mereka untuk membendung penularan AIDS serta menghargai pengalaman kerjasama selama satu dekad bersama rakan strategik iaitu Yayasan AIDS Malaysia.

Sementara itu, pengasas dan presiden Komited Malaysia, Khalid Hashim berkata, pihaknya berterima kasih kepada YSD dan penajaan tersebut telah memberikan mereka  kelegaan dalam meneruskan perjuangan membela nasib golongan berkenaan.

Presiden Komited Malaysia, Khalid Hashim

“Di atas dasar keprihatinan, kami di Komited Malaysia telah mencurahkan jiwa dan raga kami untuk mengubah kehidupan PWID, menyelamatkan mereka daripada hanyut dan mewujudkan ruang selamat untuk mereka bukan sahaja untuk terus hidup malahan berkembang maju.

“Sokongan untuk komuniti adalah penting kerana sesetengah klien kami berhadapan dengan dua bentuk diskriminasi; bukan sahaja kerana tabiat pengambilan dadah tetapi juga kerana status HIV mereka.”

Komited Malaysia adalah sebuah pertubuhan berasaskan komuniti yang diasaskan dan dikendalikan oleh PWID bagi menangani isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan HIV atau AIDS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast