PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara lebih 14 tahun di Penjara Songkhla, Thailand ditahan bersama 48,000 biji pil yaba bernilai RM480,000 di Kampung Dangar, Pasir Mas dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 42 tahun ditahan di tepi jalan di hadapan sebuah sekolah pada 5.30 petang, dan semasa ditahan, polis merampas sebuah beg galas yang mengandungi 48,000 biji pil yaba bernilai RM480,000.

“Suspek dalam kes ini merupakan seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan di Penjara Songkhla, Thailand selama 14 tahun tiga bulan dan baru dibebaskan pada 27 April lepas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, susulan penahanan itu, polis seorang lagi lelaki yang disyaki tokan dadah berusia 35 tahun di Kampung Keroh Bayu Lalang, Pasir Mas.

“Suspek didapati positif methamphetamine, dan polis turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream bernilai RM40,000,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast