Penduduk setempat di Puchong memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPD Serdang malam tadi.

SERDANG – Meskipun bulan Syawal sudah berakhir Isnin lalu namun majlis rumah terbuka masih diraikan.

Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang juga tidak mahu ketinggalan apabila turut menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri malam tadi.

Seawal jam 8 malam, masyarakat setempat di daerah Puchong mula membanjiri perkarangan IPD Serdang  menerima kunjungan masyarakat setempat daerah Puchong.

Kemeriahan majlis itu bukan sahaja dengan hidangan  empat ekor kambing golek dan 30 ekor ayam beserta pelbagai juadah raya di 14 gerai menambah selera para pengunjung.

Selain itu, landskap tapak sambutan yang dihiasi ala desa mengembalikan nostalgia sambutan raya secara tradisional di kampung halaman bagi anggota dan petugas yang tidak dapat bercuti raya demi tugas pada sepanjang Syawal turut menarik perhatian.

Kanak-kanak yang hadir  juga terhibur dengan kemunculan mengejut ‘Ironman dan Bumblebee’.

Zaini Jass dan isterinya menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPDSerdang malam tadi.Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass dan isterinya hadir memeriahkan majlis sambutan itu.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, Timbalan Ketua Polis Selangor Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi serta Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan menambah kemeriahan majlis itu.

Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah lumayan serta persembahan lagu raya menghiburkan para tetamu yang hadir.

Adiwira Ironman dan Bumblebee menambah keceriaan kanak-kanak di majlis Ramah Mesra Aidilfitri IPDSerdang malam tadi.Dalam pada itu Arjunaidi berkata, sambutan sebegini selepas dua tahun berkurung  akibat Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan Covid-19 telah mendisiplinkan rakyat.

“Saya dapat melihat di majlis hari ini semua bergembira malam ini tetapi dengan penuh tertib.

“Apa yang penting, sambutan raya kembali mengukuhkan hubungan silaturrahim antara polis dan masyarakat,” tegasnya. – MalaysiaGazette