Logo Gazprom, syarikat gergasi minyak dan gas milik Rusia. Foto Reuters

MOSCOW – Syarikat gergasi tenaga Rusia tidak akan membekalkan gas kepada syarikat tenaga terbesar Denmark, Orsted dan akan menghentikan penghantaran ke Jerman di bawah kontrak Shell Energy Europe.

Ia susulan makluman Orsted kepada Gazprom Export bahawa ia tidak akan membuat pembayaran lagi untuk gas dalam rubel, dan Shell Energy Europe Limited juga berkata, syarikat itu juga tidak akan membayar dalam rubel untuk bekalan gas ke Jerman, kata Gazprom di Telegram.

Pemotongan itu akan berkuat kuasa mulai Rabu.

Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani dekri pada 31 Mac mengenai peraturan baharu mengenai perdagangan gas asli dengan negara dan wilayah “tidak mesra”.

Menurut dekri itu, kontrak sedia ada akan dihentikan jika pembeli ini enggan membayar dalam rubel. – Xinhua