murder case debt loan Bidor oil palm estate Perak Police Chief, Datuk Mior Faridalathrash Wahid students die of Covid-19 vaccine SMK Tasek Damai
Mior Faridalathrash Wahid.

KUALA LUMPUR – Polis telah selesai merakam keterangan daripada seorang individu lelaki dalam kes penemuan mayat wanita dalam keadaan terbakar dipercayai dibunuh di tepi Sungai Kuala Kangsar dekat Kampung Talang pada Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki itu merupakan teman lelaki kepada mangsa berusia 20 tahun dan tidak bekerja.

“Individu itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar sekitar pukul 2.45 petang semalam (Rabu) dan kita selesai ambil keterangan daripadanya,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Katanya, polis sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Justeru katanya, setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh berdasarkan kesan kebakaran dan kecederaan yang ditemui di kepala si mati.

“Polis sedang melakukan siasatan lanjut dan masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat oleh pakar forensik sebelum tindakan lanjut diambil,” tegasnya.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut agar proses siasatan berjalan lancar tanpa gangguan. – MalaysiaGazette