Hamzah membuat kunjungan hormatnya ke atas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di di Ankara.

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Turki berbincang serta berkongsi pengalaman terutama dalam aspek pemerkasaan kawalan sempadan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu dibincang semasa kunjungan hormatnya ke atas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di di Ankara yang turut dihadiri rakan sejawatnya, Suleyman Soylu.

“Turki mempunyai kepakaran tinggi dalam menangani pencerobohan warga asing di sempadan, maka beberapa lawatan khas bagi melihat pengurusan, teknologi, aset-aset strategik serta lokasi operasi tumpuan telah diaturkan secara khusus oleh negara itu yang diselaras oleh Soulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, sebagai rakan strategik utama serta negara pempamer terbesar bagi Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Malaysia pada Mac lepas, Turki turut diiktiraf mempunyai teknologi, sistem serta aset keselamatan bertaraf dunia.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) percaya lawatan kerja rasmi ke republik tersebut akan menjadi penanda aras utama bagi pihaknya dalam menambah baik dasar, penguatkuasaan dan aset strategik kawalan sempadan negara.

Hamzah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Erdogan kerana sudi menerima kunjungan hormat beliau serta menyifatkan layanan istimewa yang diberikan sebagai tanda persaudaraan akrab antara Malaysia dan Turki.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast