Pengasas SP Care Group, Dr Sathia Prakash Nadarajan bercakap pada media berkaitan tanah adat yang belum diwartakan dapat didengari Kampung Orang Asli Gurney Ulu Yam di Wisma SP Care di Laman Gapimas, Serendah, Selangor, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 14 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Setahun lalu ketika negara masih berada dalam era pandemik Covid-19, pengasas rangkaian klinik Kumpulan SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan menumpukan tugas merawat para pesakit dan memastikan mereka tidak terjejas oleh wabak tersebut.

Tugasnya tidak terhenti di klinik semata-mata. Dr Sathia menyantuni pesakit serta penduduk di kawasan pedalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan termasuk menyediakan kemudahan perubatan serta ‘food bank’.

Inisiatif beliau ternyata meringankan beban penduduk yang tersenyum lega sambil membawa pulang makanan asas seperti beras, tepung, susu, gula dan mee segera yang diedarkan oleh Dr Sathia. 

Dr. Sathia Prakash Nadarajan menyuntik vaksin Covid-19 kepada Lim Leong Moy, 89 di dalam kereta ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik SP Care Rawang Mutiara, Rawang .Foto HAFIZ SOHAIMI, 15 JUN 2021.

Dr Satha sendiri turun padang termasuk di penempatan orang Asli yang sering terpinggir daripada mendapat bantuan selain membantu warga emas dan golongan B40 di Hulu Selangor.

Namun keupayaannya untuk melebarkan bakti agak terbatas malah ada ketikanya dipandang dingin oleh sesetengah pihak.

Ini juga antara punca anak posmen dengan gelaran ‘Rawang Boy’ ini membuat keputusan untuk menyertai politik secara sepenuh masa.

Klinik SPCare lancar ‘food bank’ dan edar bakul makanan kepada golongan terjejas musim PKP.

“Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai politik apatah lagi bertanding jawatan penting di Hulu Selangor ini. 

“Saya lihat sendiri penderitaan masyarakat di sini, saya pasti ianya sama di tempat -tempat lain juga. Saya bukannya datang dari keluarga senang sebaliknya kejayaan yang anda lihat hari ini, rangkaian klinik SP Care dan lain-lain ini sebenarnya hanya terjadi kerana tekad untuk keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya kepada MalaysiaGazette tahun lalu.

Warga SP Care tampil melakukan misi kemanusian membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda dan Hulu Langat sejak Sabtu lepas.

Hari ini, siapa sangka Dr Sathia berjaya mengalahkan penyandang yang bukan calang-calang. June Leow bukan sahaja pernah bertanding dua kali jawatan Ketua Cabang dan menang bergaya sebaliknya beliau juga merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

June Leow ketika itu berjaya menumbangkan ‘giant’ Datuk P Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan selain wakil rakyat di situ selama dua penggal di kerusi tradisi MIC .

Tetapi kekalahan June Leow kepada Dr Sathia Prakash dalam pemilihan baru-baru ini pastinya mengundang pelbagai persoalan termasuklah bagaimanakah seorang doktor yang masih baru dalam dunia politik mampu menewaskan beliau. 

Di laman sosial Facebook June Leow, beliau meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan PKRdi Hulu Selangor dengan dakwaan wujudnya pelbagai skandal serta penyewelengan malah bantahan turut di antar kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) namun ianya ditolak.

Tetapi Dr Sathia Prakash tenang sambil sesekali menulis di laman sosialnya supaya pimpinan PKR tidak bertelagah antara satu sama lain, sentiasa beringat dengan perjuangan parti dan bekerja dalam satu kumpulan bagi mendepani PRU-15 yang jauh lebih mencabar.

“Biarlah apapun, parti buat keputusan. Saya kini akan teruskan perjuangan atas semangat reformasi. Tidak akan sesekali membelakangkan parti mahupun kepercayaan masyarakat setempat dan ahli yang mengundi saya untuk melakukan serta membawa perubahan di bumi Hulu Selangor ini.

“Ini bukanlah masa untuk bertelagah, menuding jari siapa salah dan siapa hero. Kita adalah satu parti, kita buat yang terbaik bukan untuk diri kita tetapi untuk pengundi, untuk masyarakat, untuk rakyat yang percayakan perjuangan kita, yang lain-lain peribadi itu simpan sahaja tepi,” tegasnya. -MalaysiaGazette

Ada Orang Asli terpaksa ikat perut akibat Covid-19 – Dr Prakash

Anak posmen kini pemilik SPCare Group

Dr Sathia Prakash sertai politik, tanding Ketua Cabang PKR Hulu Selangor