Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon. Foto MOHD ADZLAN, 17 MEI 2022.

KUALA LUMPYR – Pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan pandangannya bahawa seperti tiada perbezaan di antara jurulatih tempatan dan asing yang masih memilih pemain tidak cukup minit permainan mewakli skuad kebangsaan.

“Ingatkan jurulatih asing lain, rupanya dua kali lima, satu minit tak main pun masuk dalam senarai, asal JDT main tak main semua dia nak angkut,” katanya dalam Instagram.

Kenyataan itu dibuat selepas jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Sabtu.

Pan-gon kelahiran Korea Selatan membuat keputusan untuk membawa 23 pemain sahaja dengan beberapa nama digugurkan.

Pemain yang digugurkan ialah Kalamullah Al-Hafiz dan juga R. Kogileswaran selain pertahanan muda Terengganu, Shahrul Nizam.

Kogileswaran yang menjadi antara pemain yang disenangi penyokong Harimau Malaya disisihkan oleh Pan-gon yang lebih mahukan pemain lain mengisi tempatnya.

Selain itu, Liridon Krasniqi dan Afiq Fazail turut digugurkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan tersebut. – MalaysiaGazette