Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman. Foto AFFAN FAUZI, 27 JANUARI 2021.

SUBANG JAYA – Tindakan seorang lelaki warga asing menceroboh ke landasan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Alam Megah di sini mengakibatkan perjalanan sistem pengangkutan awam  itu tergendala semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu disedari seorang anggota polis bantuan yang sedang bertugas di stesen LRT berkenaan kira-kira jam 2 petang.

“Pengadu (anggota polis bantuan berkenaan) menahan suspek iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berusia 24 tahun selepas melihat dia menceroboh masuk ke landasan LRT tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mahu mengambil gambar di atas trek landasan berkenaan,” katanya kepada MalayaiaGazette hari ini.

Tambah Abd Khalid lagi, tindakan lelaki itu mengakibatkan sistem LRT terganggu dan terhenti selama lima minit.

“Suspek itu kemudian telah ditahan semula oleh pihak polis untuk disiasat lanjut di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63

“Kita sudah tahan reman suspek berkenaan selama tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis,”tegasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.