Foto: FB Boris Johnson

LONDON – Perdana Menteri British, Boris Johnson terselamat daripada cabaran kepimpinan dengan mengatasi undi tidak percaya daripada partinya, Parti Konservatif.

Johnson mendapat 211 undi dengan 148 undi menentang beliau seperti diumumkan Jawatankuasa 1922, sebagai kumpulan parlimen Konservatif dalam House of Commons.

Pengundian terhadap kepimpinan Johnson dilakukan selepas surat daripada ahli parlimen Konservatif yang menentangnya melepasi ambang 54, atau 15 peratus daripada jumlah keseluruhan, lapor agensi berita, Anadolu.

Dalam ucapan sebelum pengundian dilakukan, Johnson berkata, beliau ‘gembira undian tersebut akhirnya dilakukan kerana malam ini kami mempunyai peluang untuk menamatkan fokus ke atas kepimpinan parti konservatif yang dipacu media’.

“Jika anda beri sokongan kepada saya malam ini, kami mempunyai peluang untuk menghentikan kata-kata mengenai diri sendiri dan mula memperkatakan secara eksklusif mengenai apa yang kami lakukan untuk rakyat negara ini,” katantya.

Beliau menafikan kontroversi mengenai Brexit yang tercetus baru-baru ini sebagai ‘debat yang berulang mengenai merit pemilikan pasaran tunggal mengulangi persoalan yang kami selesaikan dua setengah tahun lalu’.

Walaupun memenangi undian tersebut, Johnson berhadapan dengan cabaran kepimpinan apabila 148 Ahli Parlimend daripada paritinya berkata bahawa mereka mahukan seorang pemimpin baharu untuk menerajui parti tersebut.

Theresa May, yang mana Johnson menggantikan, terpaksa melepaskan jawatan sebagai pemimpin parti dan perdana menteri hanya enam bulan selepas memenangi undi yang sama dengan 133 ahli parlimen mengundi menantang beliau berikutan kebuntuan terhadap Brexit.

Pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer tidak membuang masa menggesa Johnson meletakkan jawatan selepas undian dilakukan.

Stammer berkata, ‘pilihan politik di British lebih jelas pada malam ini daripada sebelumnya’ dan menambah Parti Konservatif kini ‘berpecah’ dan ‘kurang prihatin’.

Johnson ‘sama sekali tidak layak untuk jawatan besar yang dipegangnya’, tambah Starmer.

Johnson berhadapan kritikan semasa kawalan pergerakan dilaksanakan ketika penularan Covid-19 dan prestasi buruk parti pada pilihan raya tempatan 5 Mei lalu turut mendapat perharianĀ  dan mencetuskan spekulasi bahawa ia mungkin kalah pada pilihan raya umum akan datang di bawah kepimpinannya. – Agensi

(https://www.aa.com.tr/en/europe/uks-boris-johnson-survives-no-confidence-vote-as-conservative-leader/2607236)