MGNews: YDPA Menyempurna Istiadat Mengarak Panji-Panji

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang berlangsung di Dataran Pahlawan, Presint 1, di Putrajaja pagi tadi.

Turut mengiringi, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.