Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi tonggak pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dalam menyelesaikan masalah rakyat secara pantas dan menyeluruh.
Ketika merasmikan Pembukaan WRUR kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, program itu membolehkan wakil rakyat dan pembuat dasar turun ke lapangan, manakala setiap aduan akan dipantau melalui Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat serta Hari Exco Bertemu Rakyat (HEBAT).
Video : Aisar Amran















