Orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan susulan kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sejak beberapa hari yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Klinik Anda Kota Damansara, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,571 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat lewat malam tadi, termasuk satu kes import.

Pertambahan itu menjadikan kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,489,11, menurut laman sesawang COVIDNOW.

Angka kematian juga bertambah satu lagi semalam, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,712.

Jumlah kes aktif bagi tempoh sama pula sebanyak 22,395 termasuk 976 di hospital.

Daripada jumlah itu hanya 26 kes menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 15 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast