KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan sebanyak 40, 075 tiket sudah dijual sejak lebih sejam lalu bagi menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Bangladesh yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pukul 9 malam ini.

Tiket masih boleh dibeli di www.tickethotline.com.my.

Sementara itu, menurut laman rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca diramal tidak hujan di ibu negara hari ini.

Ini kerana hujan lebat sebelum dan ketika permainan telah menyebabkan aksi Malaysia dan Bahrain di stadium pada Sabtu lalu berlangsung di atas padang yang teruk dan bertakung air.

Malah keadaan itu juga mencetuskan kritikan hebat terhadap kualiti padang Stadium Nasional selain tindakan petugas mengeluarkan air dengan menggunakan penyodok juga dikecam banyak pihak.

Stadium Nasional akan digunakan terlebih dahulu untuk aksi antara Bahrain dan Turkmenistan pukul 5.15 petang ini. – MalaysiaGazette