LONDON – Australia mara ke pentas Piala Dunia 2022 selepas menewaskan wakil Amerika Selatan, Peru pada aksi playoff apabila menang penentuan penalti awal pagi semalam.
Lebih menarik, Ketua Jurulatih Skuad Australia, Graham Arnold membuat pertukaran genius dengan memasukkan penjaga gol gantian, Andrew Redmayne dengan penjaga gol utama, Mathew Ryan pada penghujung masa tambahan.
Redmayne membalas kepercayaan Arnold dengan menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh pemain Peru, Luis Advincula dan Alex Valera, sekali gus membawa Australia mara ke kejohanan Piala Dunia buat kali kelima berturut-turut.
Kata Arnold, anak-anak buahnya wajar diberi pujian selepas bekerja keras sepanjang perlawanan meskipun berdepan kritikan hebat selain dianggap tidak mempunyai peluang untuk ke kejohanan yang akan berlangsung di Qatar nanti. – The Guardian