Reaksi Jurulatih Malaysia, Kim Pan-Gon selepas pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Bangladesh dengan jaringan 4-1 selepas perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada kelayakan Piala Asia 2023. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menerima kejutan daripada penyokong Harimau Malaya dengan baju tertulis ‘Dari Korea untuk Malaysia’ sebaik tamat perlawanan malam tadi.

Tulisan itu sebagai satu penghargaan kepada jurulatih dari Korea Selatan itu yang berjaya membawa perubahan Harimau Malaya.

Tidak dapat dinafikan, kehadiran Pan-gon sejak awal tahun ini dengan memperkenalkan corak permainan baharu kepada pasukan negara, menyaksikan skuad Harimau Malaya lebih garang dan mencipta kejutan sehingga layak beraksi di pentas Piala Asia 2023.

Selain itu, Pan-gon dikenali sebagai individu yang cukup menghargai pengorbanan penyokong dan kerap memuji sokongan diberikan Ultras Malaya apabila tampil di perlawanan membabitkan pasukan negara.

Reaksi Jurulatih Malaysia, Kim Pan-Gon selepas pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Bangladesh dengan jaringan 4-1 selepas perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada kelayakan Piala Asia 2023. Foto MOHD ADZLAN, 13 JUN 2022.

Pan-gon bakal menjadi sejarah sebagai jurulatih yang berjaya menamatkan sumpahan pasukan negara apabila memastikan Malaysia beraksi di pentas tertinggi Asia itu.

Dia kemudian bergelar ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong (2009-2010), penolong jurulatih Gyeongnam FC (2011) dan kembali ke Hong Kong (2012-2017).

Beliau menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya pada 2 Januari 2022 susulan prestasi hambar pasukan Harimau Malaya yang gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura. – MalaysiaGazette