MGNews: Mahkamah Dengar Permohonan Najib Lantik QC 6 Julai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 6 Julai ini bagi mendengar permohonan membenarkan Peguam DiRaja United Kingdom atau Queen’s Counsel (QC) untuk mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan sabitan salah terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu pada pengurusan kes usul pemula sebentar tadi.