Majlis sambutan ulang tahun Che Ta dan Zain Saidin mengetengahkan busana tema Melayu Tradisional rekaan Man Kajang.

KUALA LUMPUR – Tempoh 12 tahun berkawan baik, Rozita Che Wan cukup tersentuh dengan keikhlasan hati pengasas produk kosmetik, Anas Zahrin yang sudi menaja majlis besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kian menjangkau usia 10 tahun Disember depan.

Bagaimanapun, wanita yang lebih mesra disapa Che Ta ini berkata, dia sebenarnya tidak terkejut dengan pemberian berkenaan kerana menyifatkan Anas sebagai seorang yang sangat pemurah.

Sambutan itu berlangsung lebih awal pada 14 Jun lalu di Glamhall Damansara mengetengahkan busana tema Melayu Tradisional rekaan Man Kajang.

“Ini merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun ulang tahun perkahwinan saya bulan 12 tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejut pun dapat hadiah seperti ini kerana Anas jenis tidak berkira.

“Sejak saya kenal dia 12 tahun yang lalu, tidak pernah lagi saya dapat belanja dia makan. Semua dia yang nak bayar. Kalau beli goreng pisang harga 20 ringgit, dia bayar RM100.

“Majlis ni pun dirancang dalam masa yang sangat singkat. Pada awalnya kita nak buat launching inai Mazaville yang saya dan Anas usahakan. Tapi dia kata sudah alang-alang, apa salahnya bersanding lagi terus. Kita pun suka,” katanya.

Che Ta turut menambah, persahabatan mereka bermula hanya atas dasar kerja dan kemudian bercambah menjadi rapat.

“Ada sesetengah rakan kerja akan menjadi rapat, boleh bertolak ansur dan macam-macam lagi. Kami jadi sangat rapat sampai tak larat nak angkat telefon bersembang. Selama 12 tahun ni, kita tak pernah gaduh.

“Dia pun sangat hormat orang. Dia jumpa mak dan suami saya siap salam cium tangan. Padahal kejayaan dia lebih daripada saya. Tapi sangat merendah diri,” kongsinya lagi.

Katanya lagi, dia juga amat gembira dengan perjalanan majlis yang dikatakan mencecah belanja hampir RM100,000.

“Masa majlis berlangsung, dia tanya saya happy tak? Saya balas, gila tak happy. Berapa puluh ribu nak bayar majlis ni. Saya rasa cecah hampir RM100,000. Makan sahaja RM40,000. Tak termasuk bayaran jurufoto, penari dan sebagainya.

“Bayar yang kecil-kecil ni pun rasaya boleh cecah RM30,000. Majlis malam ni memang saya lepas tangan. Saya tak tahu pun tentatif malam ni. Saya ikut sahaja kata pengacara majlis, Viviana.

“Saya hanya pergi fitting baju sahaja dengan Man Kajang. Saya suka majlis ini kerana ringkas dan padat. Tetamu yang datang pun tak perlua tertunggu-tunggu nak makan. Kita kena hormat orang yang dah sampai bukan sebaliknya,” ujarnya lagi.

Che Ta dan Anas berkahwin baik sejak 12 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Che Ta dan Anas baru sahaja melancarkan produk kolaborasi terbaharu mereka, Inai Che Ta jenama Mazaville.

Jelas Che Ta, sepanjang dua minggu di pasaran, inai berkenaan telah pun habis terjual lebih 50,000 kotak dalam tempoh dua hari.

Che Ta bertindak sebagai pengasas bersama bagi jenama inai itu.

Manakala, Anas pula sebagai pengasas dan mereka berdua menyasarkan sebanyak 300,000 kotak lagi sehingga hujung tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast