Lapangan Terbang Antarabamgsa San Francisco. Foto The Business Journal

SAN FRANCISCO – Tiga penumpang cedera selepas berlaku serangan  di dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Jumaat.

Bagaimanapin, suspek telah ditahan,  kata pihak berkuasa.

Mangsa-mangsa dikatakan mengalami luka dan calar dalam kejadian tersebut.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, penyerang cuba mencederakan pelancong sekitar jam 6 petang di kawasan awam terminal antarabangsa.

Para penumpang telah dirawat sebelum meneruskan perjalanan mereka dan operasi lapangan terbang lain tidak terjejas, katanya.

Tidak jelas sama ada suspek seorang pengembara dan motif serangan tidak diketahui, kata pengurus lapangan terbang Russell Mackey kepada San Francisco Chronicle.

Seorang wartawan KTVU-TV yang membuat liputan mengenai kepulangan Golden State Warriors di lapangan terbang berkata, sebilah pisau besar telah dikeluarkan dari tempat kejadian. – AP