KUALA LUMPUR – PLUS akan mengaktifkan lencongan trafik dari jalan susur keluar ke arah Juru-Bukit Mertajam di Persimpangan Bertingkat Juru (Arah Selatan) untuk semua kenderaan mulai jam 12 malam, 21 Jun (Selasa) sehingga jam 11 malam, 29 Julai 2022.

Lencongan itu bagi kerja-kerja menaik taraf kapasiti sistem perparitan sedia ada yang termasuk dalam Rancangan Tebatan Banjir bersebelahan dengan lebuh raya.

Justeru, orang ramai yang melalui laluan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan mendapatkan maklumat trafik terkini melalui Aplikasi PLUS.

Mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati memandu, mematuhi had laju dan arahan papan tanda trafik
ketika melalui kawasan terbabit.