Sekumpulan kanak-kanak Rohingya menunggu makanan di kem pelarian di Cox's Bazar . foto Reuters

Hari ini dunia terus menghadapi salah satu akibat paling gelap daripada konflik dan persekitaran yang semakin kronik.

Adalah menyedihkan untuk mengetahui bahawa seempat bilion orang di seluruh dunia tinggal di luar negara kewarganegaraan mereka.

Hakikat bahawa kebanyakan mereka adalah pendatang. Mereka terpaksa memilih untuk meninggalkan negara mereka mencari peluang yang lebih besar.

Walau bagaimanapun, satu persepuluh daripada mereka adalah pelarian. Mereka melarikan diri daripada penganiayaan politik dan ancaman teruk lain: pengeboman di Syria, kampung yang musnah di Myanmar, atau kegawatan politik, jenayah dan hiperinflasi di Venezuela.

Bilangan pelarian yang semakin meningkat disebabkan oleh konflik adalah gambaran bagaimana dunia telah gagal menyelesaikan krisis yang telah menjadikan pelarian sebagai ciri kekal dalam statistik dunia. Nampaknya ada realiti sistem yang rosak.

Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), sedang bergelut untuk memberikan bantuan menyelamatkan nyawa sebagai tindak balas kepada kondisi kecemasan. Tetapi cabaran untuk menyediakan peluang yang bermakna untuk pelarian jangka panjang atau menyokong komuniti yang menganjurkan mereka , adalah besar.

Menambahkan cabaran ialah sentimen anti-pendatang ( xenophobia ) yang semakin meningkat.

Status pelarian yang dibayangkan sebagai status sementara semakin sukar untuk dicapai.

Bagi orang yang takut atau pernah mengalami penganiayaan atas dasar kaum, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam kumpulan sosial atau pendapat politik dan yang akibatnya memerlukan perlindungan adalah isu yang kompleks untuk ditangani.

Pilihan adalah terhad kepada pelarian, sama ada kembali ke negara asal mereka; mendapat pemastautin tetap di negara tempat mereka melarikan diri; atau ditempatkan semula di negara ketiga.

Kami mempersoalkan mengapa populasi pelarian yang semakin meningkat di dunia mempunyai pilihan yang semakin berkurangan?

Menurut UNHCR, terdapat 65.3 juta orang yang dipindahkan secara paksa di seluruh dunia.

Lebih daripada 21 juta orang ini adalah pelarian dan 10 juta adalah tanpa kerakyatan.

Secara purata, 42,500 orang setiap hari meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan perlindungan di dalam sempadan negara mereka sendiri atau negara lain.

Pada tahun lepas sahaja, terdapat 13.9 juta orang yang baru berpindah.

Perang saudara di Syria telah membawa kepada salah satu krisis kemanusiaan yang paling teruk dalam hidup kita.

Lebih 11 juta rakyat Syria kini kehilangan tempat tinggal. Ini berjumlah 45% daripada penduduk Syria.

86% pelarian dunia berada dinegara membangun.

Jumlah ini telah melonjak sebanyak 16% dalam dekad yang lalu.

Daripada 20 juta pelarian di seluruh dunia, 51% berumur di bawah 18 tahun.

Ini adalah jumlah pelarian kanak-kanak tertinggi sejak Perang Dunia II.

Peperangan, penganiayaan dan ketidakstabilan telah mendorong bilangan pelarian ke tahap tertinggi dalam sejarah.

Daripada menawarkan perlindungan, banyak negara telah membina sekatan baharu, menyebabkan ramai pelarian hari ini berada dalam keterpurukan yang berlarutan.

Masalah paling serius yang dihadapi oleh pelarian ialah perlindungan hak mereka di negara tuan rumah. Sesungguhnya pelarian hidup dalam persekitaran yang berterusan terdedah kepada eksploitasi dan penafian hak asasi manusia. Akses mereka kepada keperluan asas secara amnya dinafikan.

Di samping kesukaran esktrim yang mereka hadapi, isu xenofobia semakin meningkat di negara-negara yang mereka cari perlindungan. Kerajaan mudah gelisah dengan sentimen penduduk tempatan yang tidak mengalu-alukan pelarian. Kepentingan negara seolah-olah melebihi hak asasi manusia pelarian.

Walaupun kami mengiktiraf keperluan untuk hak kepulangan semua pelarian , kami menyeru semua negara yang menerima mereka untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk melindungi hak mereka mengikut undang-undang antarabangsa.

Kebolehcapaian kepada penjagaan kesihatan, tempat tinggal, keperluan asas, dokumentasi, pendidikan, peluang untuk mencari rezeki, kebebasan bergerak, amalan agama, harus disediakan.

Pada hari ini, Hari Pelarian Antarabangsa, kami menggesa organisasi multinasional untuk bekerjasama dengan kerajaan di negara yang melindungi hak pelarian. Penglibatan yang positif dan membina harus diutamakan. Pembinaan dasar yang lebih berperikemanusiaan berkaitan dengan pelarian harus dilaksanakan.

Kami amat prihatin terhadap kes- negara-negars menyekat akses untuk pelarian yang mengakibatkan kematian yang tinggi di darat dan laut.

Kami juga menekankan tentang kepentingan akses kepada pendidikan untuk kanak-kanak pelarian. Ia adalah hak asasi untuk semua kanak-kanak untuk dididik seperti yang termaktub dalam Pendidikan adalah hak asasi manusia, termaktub dalam Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989 dan Konvensyen Pelarian 1951.

Kami percaya pendidikan bukan sahaja melindungi kanak-kanak dan belia pelarian daripada dipaksa rekrut kedalam kumpulan bersenjata, buruh kanak-kanak, eksploitasi seksual dan perkahwinan kanak-kanak, ia juga jaminan untuk mereka menentukan masa depan mereka.

Pendidikan juga mengukuhkan daya tahan masyarakat untuk menghadapi cabaran hidup sebagai pelarian.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM