Polis meminta pemilik kepada tujuh motosikal yang hangus dalam kebakaran di Flat Samudera, Batu Caves supaya tampil membuat laporan untuk disiasat segera. - Foto Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Polis meminta pemilik tujuh motosikal yang hangus terbakar di rumah Flat Samudera, Batu Caves dekat sini hari ini agar tampil membuat laporan untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed juga menasihati orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu tampil menyalurkan kepada pihaknya.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu,tiga motosikal musnah 100 peratus manakala bakinya musnah 10 hingga 70 peratus dalam kebakaran yang sama.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Khianat dengan api) dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dikenakan denda.

Pada masa yang sama, orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hamizan Mohamad Yunus di talian nombor 03-61262222 / 013 – 8348384.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Tujuh motosikal musnah dalam kebakaran

“Siasatan di lokasi mendapati kejadian dipercayai bermula pukul 5 pagi yang mana sebanyak tujuh buah motosikal yang diletakkan di tempat letak kenderaan di perumahan flat itu hangus terbakar dan mengalami kerosakan teruk,” katanya. – MalaysiaGazette