Zainal Abidin Hassan. Foto Facebook Penang FC.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan mengakui pemain masih perlu sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan beberapa perubahan yang dibawanya sejak ditugaskan membimbing pasukan ini pada awal Jun.

Beliau sedar keputusan positif amat diinginkan oleh pasukan apabila masih kemarau kemenangan selepas sembilan perlawanan Liga Super setakat ini.

Namun, perlawanan pertamanya menentang PJ City FC, Sabtu lalu sejak dia mengambil alih posisi Thomas Trucha berakhir dengan keputusan seri dan bekas pengendali Melaka United FC ini menganggap barisan pemain masih perlu masa untuk menerapkan perubahan baharu.

“Memang tidak dinafikan senjata sulit Penang FC lebih kepada Casagrande.

“Benda baik bukan kata kekalkan tetapi kita memperlbagaikan lagi supaya lawan tidak dapat baca dan bukannya mudah untuk ikut seperti saya cakap sebab mereka masih baru dengan saya.

“Mereka cuba juga buat sesuatu yang baru dan juga menggunakan senjata yang selalu digunakan iaitu untuk mencari Casagrande dan alhamdulillah menjadi apabila dia dapat menjaringkan gol.

“Jadi, kena sebatikan benda ini dengan perubahan taktikan dan senjata yang memang sudah ada pada pasukan”, jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast