Sadio Mane melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich. Kredit Foto: Bayern Munich/BBC Football

LONDON – Sadio Mane melengkapkan perpindahan dari Liverpool ke Bayern Munich dengan yuran berjumlah £35 juta (RM188.8 juta).

Bintang sayap antarabangsa Senegal itu telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama juara Bundesliga Jerman itu.

Malah The Reds akan menerima wang £27.4 juta tambahan 6 juta euros berdasarkan penampilan dan juga 3 juta euros untuk pencapaian individu dan pasukan.

Liverpool sebelum telah mengenepikan dua tawaran awal yang dikemukakan oleh Bayern sebelum bersetuju dengan yuran £35 juta.

Mane menyifatkan penghijrahan itu tiba tepat pada waktu untuk menempuh cabaran baharu dalam Bundesliga.

Mane telah menyertai skuad bimbingan Jurgen Klopp dari Southampton pada Jun 2016 dengan yuran £34 juta.

Sepanjang enam musim lalu, Mane telah menjaringkan 120 gol dalam 269 penampilan bersama the Kops manakala dia juga menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim 2021/22 dengan 23 gol dalam semua perlawanan bersama kelab itu.

Presiden Bayern Munich Herbert Hainer berkata, Mane merupakan pemain berkelas dunia dan mencuri tumpuan Bundesliga.

Mane juga menjaringkan gol kemengan menerusi penalti untuk membantu pasukan Senegal menjulang Piala Afrika buat julung kali. – BBC  (https://www.bbc.com/sport/football/61877332)