Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berucap pada sesi Townhall bertajuk “Elak penipuan online scam – anda bijak anda selamat” di SJKC Kepong 2, Kuala Lumpur. Foto, MOHD ADZLAN 22 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Berhati-hati menggunakan telefon bimbit kerana ia boleh jadi musuh kita..scammer hanya memerlukan telefon bimbit untuk menipu anda”, pesan Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai.

Menurutnya, kebanyakan mangsa scammer yang datang ke balai polis untuk membuat aduan mengakui mereka sebenarnya tidak tahu wujudnya penipuan dalam talian sedemikian.

“Llebih menyedihkan, selepas pegawai penyiasat saya melakukan sedikit penyelidikan berdasarkan aduan yang diterima, ada dalam kalangan pengadu langsung tidak pernah mengambil tahu tentang scam online, selain ada golongan tidak mengambil kisah walaupun sedar kewujudan sindiket scam online.

“Kita kena berhati-hati kerana tidak tahu dengan siapa kita sedang berkomunikasi dan telefon bimbit kita sendiri boleh menjadi musuh kita.

“Anda sentiasa kena peka dengan apa yang berlaku di sekeliling anda,” katanya ditemui dalam sesi Townhall Elak Penipuan Scam Online di SJKC 2 Kepong di sini yang dijalankan oleh moderator Datuk Rosyam Nor.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berucap pada sesi Townhall bertajuk “Elak penipuan online scam – anda bijak anda selamat” di SJKC Kepong 2, Kuala Lumpur. Foto, MOHD ADZLAN 22 JUN 2022.

Beliau turut mengakui, dalam kebanyakan kes, mangsa telah dinasihatkan oleh anak atau ahli keluarga mereka serta rakannya bahawa ia adalah scam online.

Namun katanya, wanita yang sudah berumur atau lebih terdedah dengan risiko penipuan itu kerana kesepian hingga  mendorong untuk mencari teman baharu dalam talian untuk berkomunikasi tanpa menyedari risiko yang menanti mereka menerusi Love Scam.

Beh juga menjelaskan, masyarakat ketika ini lebih cenderung dan gemar berkongsi video tular orang bergaduh, tangkap basah, duit banyak, cinta kena tolak dan sebagainya tanpa menyedari kewujudan scam penipuan online yang bertambah serius.

“Kita membuat banyak hebahan mengenai scam penipuan dalam talian agar masyarakat sedar tetapi apa gunanya kalau nak kongsi video. Kepada mereka yang keliru dan masih sukar untuk membezakan yang sahih dan scam penipuan anda hanya perlu mengikuti ‘Formula STAR’ yang dihebahkan pasukan PDRM.

“STAR membawa maksud S(Stop), T-Thinking, A-Action dan R-Respond, yang mana jika anda menerima sebarang panggilan atau sebarang pesanan menawarkan wang lumayan, jangan panik dan kekal tenang tanpa menekan atau melayan sebarang pesanan yang dikongsi scammer itu.

“Guna pemikiran anda dan tentukan logik dan rasional di sebalik scam online itu sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa untuk langkah sewajarnya, atau anda juga boleh berkongsi maklumat penipuan ini kepada rakan-rakan anda dalam Whatsapp untuk menentukan kesahihan iklan itu.

“Selain itu, anda boleh membuat panggilan di talian CCID semakmule.rmp.gov.my,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast