Malaysia akan mencapai liputan komunikasi 100 peratus menjelang tahun 2025 dengan adanya satelit Measat-3d yang baharu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi satelit yang baharu itu juga capaian komunikasi akan menjadi lebih pantas dan matlamat yang terkandung dalam pelan tindakan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) tercapai.