Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bercakap pada media selepas selesai menghadiri ke Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 24 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Punca sebenar bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Rahman digugurkan jawatannya agar beliau fokus kepada tugas baharunya  sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi mengisi  kekosongan tempat Tajuddin, MKT melantik bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

“Oleh kerana Datuk Seri Tajuddi Rahman dihentikan pelantikannya kerana beri peluang kepada beliau bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia, maka tempat kosong itu dilantik kepada saudara Isham Jalil,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MKT di Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Ahmad turut menjelaskan, Ahmad Zahid mempunyai kuasa untuk pelantikan itu.

“Presiden boleh melantik setiausaha agung, ketua penerangan dan bendahari serta 13 lantikan ahli MKT.- MalaysiaGazette