KUALA LUMPUR – Pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) and STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) yang telah menerima keputusan peperiksaan mereka boleh memohon kepada Dana Pendidikan Elena Cooke untuk bantuan kewangan.

Dana Pendidikan Elena Cooke, yang diuruskan oleh BBGS Alumni Berhad (BAB), sebuah syarikat ditubuhkan oleh bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS), dengan kerjasama dengan Kolej Sunway, Universiti Sunway dan Universiti HELP untuk menyediakan biasiswa kepada rakyat Malaysia muda yang layak tetapi kurang bernasib baik bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan tinggi.

Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar yang memohon kepada institusi pendidikan tinggi tempatan yang lain juga layak untuk memohon biasiswa, asalkan mereka memenuhi kriteria minimum, termasuk berumur kurang daripada 23 tahun pada 31hb Disember 2021 serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM60,000 setahun dalam tahun 2021.

BBGS, iaitu salah sebuah sekolah yang terkenal dan dihormati di Kuala Lumpur, dahulunya berada di Jalan Bukit Bintang, sehingga tahun 2000 apabila ia ditutup dan kemudian dirobohkan bagi pembinaan pusat beli-belah mega.

Dana Pendidikan Elena Cooke, yang ditubuhkan sebagai kenangan terhadap Guru Besar BBGS yang telah berkhidmat paling lama, mendiang Elena Maud Cooke, menekankan kepentingan memberi bantuan kepada anak-anak muda yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kewangan untuk memberikan kuasa kepada mereka untuk kehidupan.

Dana tersebut sedar bahawa bagi pelajar-pelajar miskin yang tidak bernasib baik seperti mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan tinggi, pendidikan merupakan faktor utama yang boleh membawa mereka keluar daripada kitaran kemiskinan.

Oleh itu, keperluan kewangan adalah antara senarai kriteria tinggi yang dipertimbangkan, termasuk pencapaian akademik, aktiviti ko-kurikulum dan perwatakan.

”Dana tersebut terutamanya berminat membantu anak-anak muda yang merupakan anak yatim piatu ataupun daripada keluarga ibu atau bapa tunggal atau bagi mereka yang tinggal di rumah kanak-kanak.

Tiga penerima biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke beberapa tahun dulu merupakan daripada rumah kanak-kanak,” kata Moey Yoke Lai, Pengerusi BBGS Alumni Berhad.

Permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke akan tutup dua minggu selepas keputusan SPM atau STPM (yang mana lebih lewat) diumumkan.

Borang permohonan boleh dimuat turun daripada laman www.bbgs.com.my.

Derma kepada Dana Pendidikan Elena Cooke daripada penderma korporat dan individu adalah amat dialu-alukan. Penderma disilakan menulis cek atau melakukan pemindahan antara bank ke akaun bank BBGS Alumni Berhad (Maybank Akaun No: 5141 2316 6380).

Penderma harus memaklumkan transaksi kepada BAB melalui [email protected] bagi pengeluaran resit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast