Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli adalah individu yang menabur janji dengan mengemukakan pelbagai formula dan cadangan yang ‘banyak ke laut’ menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, kata Pengarah Komunikasi Barisan Nasional.

Orang ramai masih ingat lagi tak dengan tol percuma, harga minyak turun, pendidikan percuma dan hapus hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), soal Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

“Apa jadi semua ‘formula’ dia?,” tanya beliau.

Beliau mengulas kenyataan bakal Timbalan Presiden PKR yang mendakwa pemimpin UMNO takut dengan segala formula yang diketengahkan olehnya bagi mengatasi masalah rakyat.

Menurut Rafizi, akibat ketakutan maka setiap kali beliau melontarkan idea penyelesaian masalah rakyat maka pemimpin UMNO akan bersuara serentak menyanggah formula yang diketengahkan.

Rafizi berkata, lebih banyak pemimpin UMNO cuba memperlekehkan idea yang dilontarkan maka lebih jelas ketakutan mereka terhadap dirinya. – MalaysiaGazette

Pemimpin UMNO takut dengan formula-formula saya – Rafizi