Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri

KUALA LUMPUR – Pucuk pimpinan UMNO jangan melayan sikap pemimpinnya yang seperti ‘anjing menyalak bukit’ dan tidak perlu membuat sebarang penjelasan.

Menurut Pengarah Komunikasi Pergerakan Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, pucuk pimpinan tidak perlu membaling batu pada anjing yang sedang menyalak.

Ini kerana salakan yang dilakukan kita juga tahu cuma sia sia dan membaling batu hanya membuatkan parti keletihan.

“Mana dalam sejarah politik Malaysia pemimpin kena pecat puji yang memecat, itu adalah lumrah, kalau ada pasti ianya pelik bin ajaib.

“Dalam MKT UMNO ‘orang itu’ adalah antara yang paling senior sepatutnya kalau dikatakan pemimpin dan pejuang Melayu dan Islam seharusnya ditunjukanlah sifat pemimpin islam dan perbetulkanlah niat,” katanya dalam kenyataan hari ini merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Tajuddin Rahman.

“Bagi saya, presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dan pemimpin yang disebut nama tak perlu layan kenyataan seperti ini kerana apa yang didedahkan pun jika benar sudah tidak lagi relevan sebab keputusan PAU putuskan tiada kerjasama dengan Anwar atau PKR. So, isu ini cuma leteran dari seorang yang ‘tua’ yang menjadi sore loser yang kembali menjadi keanak-anakan.

“Pada saya orang ini cuma timbulkan isu ini dengan tujuan bagi menimbulkan kebencian ahli dan umum pada reputasi Zahid secara peribadi bukan kepada parti,” katanya.

Menurut Syed Mohd Johan Rizal, rata-rata ahli UMNO dilihat relaks sahaja sebab jikalau pun ianya berlaku sekali pun, ia sudah basi kerana ia bertentangan dengan kehendak akar umbi yang telah diputuskan oleh PAU.

“Rakyat pula dilihat meraikan pemecatan ini kerana pada mata rakyat sudah tiba masanya pemimpin baru yang lebih bertenaga segar di angkat dalam MKT seiring dengan zaman dan kehendak masakini rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast