Foto Instagram Donny van de Beek.

LONDON – Pemain tengah, Donny van de Beek kembali semula Manchester United untuk bertemu bos lamanya, Erik ten Hag di Ajax.

Pemain antarabangsa Belanda itu menulis di Instagram berbunyi mood pra-musim diikuti dengan emoji ‘on’ dan bulatan merah.

Sejak tiba di Old Trafford, Van de Beek tidak bernasib baik kekurangan minit permainan dalam kesebelasan utama pasukan United.

Setakat ini pemain berusia 25 tahun itu hanya berjaya melakukan 50 penampilan untuk United dengan sebahagian besar daripada mereka adalah sebagai pemain gantian.

Kekecewaannya di Manchester pada musim pertama telah menyebabkan dia mencari perpindahan secara pinjaman ke Everton pada separuh kedua musim Liga Perdana 2021/22.

Van de Beek menikmati masa permainan yang lebih kerap di sisi Frank Lampard sebelum kecederaan menyaksikan dia terlepas sebahagian besar perjalanan ketika Toffees berusaha bergelut mengekalkan kedudukan mereka di saingan Liga Perdana Inggeris.

Van de Beek berjaya menjaringkan gol pada penampilan terakhirnya untuk Everton di Arsenal.

Sementara itu, pengurus berusia 52 tahun itu telah membantu membangunkan Van de Beek di Ajax di samping sasaran United untuk perpindahan musim ini Frenkie de Jong.

Gandingan mereka berdua ini pasti akan memberikan impak positif kepada pasukan.

De Jong menjadi pemain hebat yang meyakinkan United untuk membayar wang besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain tengah itu menulis di Instagram: “Mod pra-musim,” diikuti dengan emoji ‘on’ dan bulatan merah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast