Rafizi penjilat elaun nelayan fahmi PMQT artis kerajaan
Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah tidak perlu “memetik” nama individu lain di dalam kesnya yang kini sedang dibicarakan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, penafian juga telah dibuat oleh individu-individu yang disebut oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Katanya, mereka yang disebut oleh Ahmad Zahid merupakan orang orang mempunyai kredibiliti lebih tinggi berbanding mereka yang duduk dan sedang dituduh di mahkamah.

“Saya nak buat komen yang umumlah iaitu yang dituduh di mahkamah orang lain, yang sedang cuba menyelamatkan diri dengan cara-cara politiknya adalah orang lain.

“…maka janganlah nak babitkan kita dalam Bersatu ni. Pemimpin-pemimpin kita dari Bersatu adalah yang dikenali dan diiktiraf sebagai pemimpin yang meninggalkan parti lain untuk menentang rasuah dan melawan kleptokrasi, ini kualiti pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Kerjaya Anak Tempatan di sini, hari ini.

Wan Saiful diminta mengulas mengenai tindakan Ahmad Zahid yang mendedahkam nama dua individu yang melompat parti dan menyertai Bersatu serta menyeleweng jutaan dana parti UMNO sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.

Pendedahan itu dibuat Ahmad Zahid semasa prosiding pembelaan kes rasuah Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya ketika ini.

Ahmad Zahid mendakwa, beliau bukan sahaja mempunyai pengetahuan sebaliknya, ada bukti tentang penyewelengan dana UMNO yang telah diamanahkan kepada beberapa pemimpin yang bertanding di kerusi Parlimen mewakili UMNO pada pilihan raya berkenaan.

Kedua-dua individu terbabit adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam pada itu Wan Saiful berkata, beliau tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara tersebut memandangkan pendedahan Ahmad Zahid itu dilakukan di mahkamah.

Ujarnya, adalah lebih elok sekiranya proses mahkamah itu berjalan terlebih dahulu kerana sebarang komen mahupun pandangan mengenainya mungkin boleh menggannggu prosiding yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, Wan Saiful menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri apa yang sedang berlaku selepas kedua-dua individu yang disebut Ahmad Zahid tampil membela diri dengan membuat penafian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast