warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan ditikam mati oleh pembantu kedai wargaIndonesia di Taman Keramat dalam kejadian malam tadi.Ihsan IPD Ampang

AMPANG – Seorang pembantu kedai disyaki menikam seorang lelaki sehingga mati selepas bergaduh  di hadapan sebuah rumah di Taman Keramat, Hulu Kelang, semalam telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang berasal dari Indonesia dan berumur 22 tahun itu diberkas tidak jauh dari lokasi kejadian.

Mangsa, 37, bekerja sebagai buruh kasar.

Mayat simati telah ditemui dalam keadaan terbaring di atas jalan raya hadapan rumah tempat berlaku pergaduhan dengan kesan berdarah di mulut  dan satu  kesan tikaman pada dada.

Sebilah pisau pemotong sayur berukuran 12 inci juga telah dirampas dari rumah suspek.

Soal siasat akan diteruskan oleh polis untuk mengetahui punca sebenar kejadian, katanya dalam kenyataan pagi ini.

Suspek yang diberkas akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Ampang hari ini.

“Mayat simati telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses bedah siasat,” katanya.

Lelaki warga asing maut dalam pergaduhan