Puad Zarkashi Rengit Johor state election Muhyiddin Yassin resign PPBM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih belum meluluskan permohonan UMNO meminda perlembagaan parti yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO Khas 2022 menimbulkan persoalan.

”Apakah RoS jabatan paling tidak efisien di Malaysia?,” soal Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Dakwanya, jabatan itu tebal dengan birokrasi dan masih dibelenggu dengan tadbir urus lapuk.

“Kalau permohonan UMNO untuk menangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan Gerakan boleh lulus,” tanya Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi.

Soalnya, apakah RoS dijadikan alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana menterinya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Ini kerana, sebelum ini RoS pernah keluar surat mendakwa Majlis Kerja Tertinggi UMNO berstatus “caretaker” sahaja, ujar beliau. – MalaysiaGazette